Good Girl, Bad Cop.

IMG_1863

Hari kumengerti makna persahabatan, merupakan hari yang timbulnya sejenis keajaiban dalam diriku yang hanya bisa kufahami. Bagaimana nak menggambarkan rasanya? Rasanya samalah seperti memiliki sejenis kuasa ‘Super Hero’, hanya ianya tidak merbahaya sekiranya digunakan secara berleluasa.

Fungsinya begini: Berikan aku seorang yang tidak kukenali dan bersamanya sekurang-kurangnya 15 minit. Asalkan orang asing ini bisa berbicara dalam bahasa Melayu, Inggeris, atau Cina, akan kubisa mengenalpasti niat hatinya atau cara pelik-pelik minda manusia ini berfungsi.

Dengan ‘Super Power’ku ini, dengan hati yang bangga, maka dikongsilah cerita ini bersama rakan-rakan, orang tersayang; samalah seperti yang sedang kulakukan kini denganmu. Sayangnya, tidak ada orang yang percaya atau fahami maksud disebalik batu ceritaku yang mengarut ini. *keluhan…*

Sebagai seorang wanita moden yang menjinjing impian besar untuk menakluki dunia seluas mungkin dengan minda dan hati terbuka, telahku saksikan bukan saja permandangan-permandangan yang gempak, tetapi juga (yang paling penting) kenalan-kenalan baru dari sudut-sudut dunia yang berlainan.

Antara kenalan-kenalan ini ada yang baik, ada yang buruk, ramai yang pelik tapi lucu. Dengan pengalaman yang kuyakin agak mendalam ini, ditambah dengan keupayaan specialku yang tidaklah sespecial mana, maka lagilah tepat dan jitu jarum kompasku terhadap niat manusia dan nilai persahabatan yang mampu dikongsi bersamanya.

* * *

Cerita bosanku, sebegini.

Petang semalam, untuk memberi muka kepada pakweku, kutemanilah dia untuk bertemu dengan seorang jantan yang dengan sukahatinya kugelari “Encik Poyo” yang kononnya ingin meminta maaf kepadaku. Soal mengapa terlalu panjang untuk dikisahkan di sini.

Dari situasi yang agak mengfrustasikan itu, ku dikurniakan dengan TIGA pengajaran hidup yang besar, iaitu:

1. Sama ada manusia itu hitam ke putih, manusia tetap manusia. Tetap ada hati, tetap ada darah. Ada yang baik, ada yang buruk. 

- Pakweku orang putih, tapi kubersamanya bukan kerana dia putih. Putih tu hanyalah warna. Orang putih pun ada yang POYO!

2. Setiap orang yang baik, tak semestinya tidak wujud kejahatan dalam dirinya. Vice versa.

- Ada samseng yang sibuk merompak tapi tahu sayang anak, ada polis yang hanya namanya polis tapi gila kuasa – entahlah apa yang dibuat dengan kuasanya.

3. Bila seseorang itu meminta maaf, adakah ia dari zahir dan batin? Tepuk dada, celik mata, tengok betul-betul. Tulus ke tu?

- Kemaafan merupakan sesuatu yang amat mulia. Berilah kemuliaan itu kepada orang yang layak menerimanya sahaja.

* * *

IMG_1866

Hidup ini bukanlah pendek, bukanlah panjang. Masa itu, dahlah emas. (Pada pendapatku, lebih nilainya daripada emas.) Dalam hidup ini, akan kami kenali ramai individu hingga tak terkira ramainya – tetapi bukan semua yang akan suka kami, dan bukan semua yang bisa kami suka. Suka ke, sayang ke, cinta ke; semuanya tidak bisa dipaksa. And it’s okay.

Kufikirkan ibu kesepian di rumah, buku-buku yang lebih setia daripada sesetengah umat manusia, hatiku yang dahaga untuk dimanjakan… Di mana-mana pun kulaburkan masaku, lagi berbaloi. Boleh aku putar balik masa? Tidak. 

Jadi, asalkan kami sedar bahawa hidup ini terlalu pendek untuk dibuat ruang bagi si poyo-poyo, maka janganlah diberi ruang di minda, hati, ataupun hidup kita untuk orangan sebegini.

Apabila anda sesat, keliru, atau tidak tahu siapa untuk dipercayai lagi, percayalah hati sendiri kerana itulah ‘Super Power’ yang telah dikurniakan kepada kami.

 

2 comments on “Good Girl, Bad Cop.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *