Juarailah, Juara!
Posted by Cindy Tey on December 3, 2009
Tahukah anda bahawa dalam setiap satu minit, dua puluh videos dimuatkan ke saluran YouTube?
Di bawah adalah rumusan sebuah artikel yang kujumpa tentang site yang kita sering jengkuk ini.
- Jumlah keseluruhan YouTube videos — melebihi 120,000,000
- Jumlah videos yang diupload sehari — lebih kurang 200,000
- Masa yang diperlukan untuk menonton SEMUA videos — melebihi 600 tahun!
- Jumlah videos yang ditonton sehari — melebihi 100,000,000
- Jumlah akaun yang ada di YouTube — melebihi 300,000,000
- Peratusan videos yang melanggar hak-hak cipta terpelihara — melebihi 12%
Memandangkan kes di atas, apakah salahnya jikalau saya merekomen kepada anda sebuah video yand kupercaya amat “fun N catchy” dan sesuai dengan cita rasa remaja-remaja Malaysia hari ini?
Ingat tak post saya mengenai tie Generasi Hebat? Ini adalah sebuah MTV video yang dinyanyi khas oleh ambassador-ambassador HEBAT kita – iaitu Aril, Hafiz, Akim, Black, dan Choo Ho Ren.
Tidak akan kuposkan gambarku dalam entri ini. Sebaliknya, inilah link kepada YouTube channelku. Sila subscribe untuk menerima updates terkini daripada yang ikhlas. Haha!!
Kepada anda yang belum mengambil bahagian dalam pertandingan cara-cara anda menggunakan tie hijau Generasi Hebat menggunakan kreativiti maximum, masih sempat lagiii untuk memenangi trip ke Disneyland Hong Kong.
Ada sebuah site Facebook yang dikraf khas khusus untuk anda yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran. Kliklah link ini: Saya Hijau, Saya Hebat!
Mesti suka punya!!!

tahap bahasa melayu awek ni memang JUARA!
terima kasih. kita semua juara dalam aspek2 berlainan.
cara penulisan anda agak skema yer cindy:)
hahaha! ya ke?! LOL