title pic  T-Tips!

Posted by Cindy Tey on November 16, 2009

Pernah tak sesiapa kat sini yang pernah dengar ada orang tak ingin nak gi Disneyland.

Kalau ada tu maklumlah ada orang yang dah berdosa; sebab kenapa pulak tak nak gi kan? Mesti tipu punya! Hati-hati kalau nak jual mahal, nanti masuk neraka pulak.

Kali ini, Cindy nak share-share ngan korang macam mana nak memenangi trip ke Disneyland Hong Kong. Bukan itu saja, pemenang juga akan mendapat koleksi Generasi Hebat esklusif + peluang untuk pergi bersama bintang-bintang ini! :

Mr. Koh and the new faces of BRAND'S Generasi Hebat

Bagaimana caranya? Mekaniknya senang ajer~ Tau tak fesyen tu apa? HA!

DSC08676

Anda hanya perlu menggunakan kreativiti untuk memikirkan cara yang paling menarik untuk memakai tie BRAND’S Generasi Hebat ini.

Di sini Cindy ada beberapa cara. Biar kita share-share ya? Hehe..

Cara #1: Ala Blair “Gossip Girl”

DSC08678

Kalau dulu, band rambut macam nih orang cakap untuk budak taska jer. Tapi skarang kalau you perasan, budak Gosip Girls pun sibuk pakai bands.

DSC08682

Senyuman ini adalah tidak sempurna sangat, minta ampun. Tapi sila perhatikan stail dan cara pemakaian band instead.

Cara #2: Puteri BaBalineh

DSC08686

Siap pakai gaun lagi ha! Padankan tie cara ikatan begini ngan dress putih suci memang matching! Bagaikan puteri~  ;D

Cara #3: Ala Kasual T-shirt + Seluar Jeans

DSC08692

Cara yang ni lah paling senang. Ini kita panggil cara “menggunakan tie sebagai tie”! Haha..

Cara #4: Sebagai aksesori Diva

DSC08697

Padankan dengan baju warna terang macam ni mesti boleh jadi! Anda hanya perlu lilit tie beberapa kali sebelum mengikatnya di leher / lengan.

Macam mana. Dah ada idea belum? Insya Allah kalau dah minum BRANDS nanti mesti semangat dan batin membara dalam hati. Bolehlah menang trip ke Disneyland Hong Kong bersama artis-artis tersayang~ ;D

Ringkasannya begini :

- Ambil gambar dengan kreativiti kamu dan posnya ke Facebook apps. Ingat tag diri sendiri!
- Lampirkan bersama form yang boleh didapati di sini.
- Poskan gambar + form ke apps.facebook.com/generasihebat

T-Tips

Sebelum mengakhiri post ini, Cindy ada beberapa tips untuk menjadikan pemakaian sehelai T-shirt biasa kepada sesuatu yang menarik dan seksi! Bagi yang faint hearted, skip ajer lah seksyen ini ya? lol…

Kita ambil T-shirt Generasi Hebat ini sebagai contoh :

DSC08756

Nampak biasa kan? T-Tips ini boleh diaplikasikan kepada SEMUA T-shirt out there.

JANGAN SESEKALI MEMAKAI T-SHIRT BEGINI :

DSC08743

Macam nak masuk hospital! Ya Allah~

Tip 1 : Lipat lengan T

DSC08744

Lipatkan sekali dua lengan T tu.

Tip 2 : Ikat kain panjang-panjang yang berlabuhan sampai kat punggung tuu

DSC08746

Tunjuk curve sikit.

Tip 3 : Padankan T-shirt dengan seluar jeans atau skirt seperti gambar di bawah –

DSC08755

Dah pun JADI!!! Cantik kan; T-shirt Generasi Hebat warna kelabu milik saya selama-lamanya~!

Tip 0 : Kalau betul-betul dah pecah kepala otak nak fikir……….

DSC08742

Pilih aja T-shirt saiz XL dan pakai tanpa seluar jadikan baju tidur! hahaha…

Selamat mencuba!

  • No Related Post
top