title pic  Biar mati anak Jangan mati pucuk.

Posted by Cindy Tey on October 16, 2009

Kebelakangan ini kurasa seperti setiap komponen hidupku dicabuli kuasa jahat. Hidup seseorang terbina menggunakan beberapa faktor yang kugelar sebagai “Faktor 5K” – Kesihatan. Keselamatan. Kewangan. Keluarga & Kawan. Kekasih.

Mari kita sama-sama menyelidik kelima-lima faktor ini secara lebih menyeluruh untuk memahami situasi Cik Tey Cindy ini secara lebih mendalam. Jikalau anda mempunyai tahap EQ yang rendah, kucadangkan agar anda berhenti membaca kerna mengeluh dan mengadu sememangnya sifat semula jadiku. =.=”

35674569

Hidupku kini bukan tentang kejutan anymore… )’:

KESIHATAN

Kesihatan sememangnya mendapat ranking Class A dalam hidup seseorang. Jikalau anda tidak sihat, apa gunanya menakluki K-K yang seterusnya? Duit takde masa nak guna, keluarga pun tak sempat nak sayang.

Kisah kesihatan ku hari ini adalah berkaitan dengan masalah kulit. Selamat bukan masalah organ atau tulang.

33325356

Sudah terlalu lama agaknya sampai kepala otakku pun gagal mengidentifikasikan sejak bila kes ni bermula. Kalau tak silap, kejadian tragik ini berlaku sewaktu lawatanku ke Singapura bersama Audrey 4 ft 9. Orang tengah syok jalan, tiba-tiba kena gigit mahkluk ganjil. Ya Allah – apalah daya insan kecil ini~

Bila balik KL, ku jenguk DUA doktor. Seminggu seekor. Yang pertama tu doktor ganti. Bazir petrolku jer pandu sejauh ke Subang. Kos nya RM95. Servis masih boleh tahan jer.

Doktor kedua pulak, cas RM250. RM250!? You follow I tak?! Orang kalao injek ubat masuk bokong pun, setakat 30 saat dah gaotim. Tapi makcik ni injek pantat I jer dah guna sampai seminit setengah? Eh BIAR BETUL…

Sakit hatiku bila memikirkan duit RM250 ku melayang begitu saja. Bagai ada lubang dihati.

KESELAMATAN

Memang SAH keselamatanku memang tergugat gila. Aku tak buat salah apa-apa pun, kena karma.

I am sure korang dah baca entri tentang accident kereta I dengan Waja putih sebijik ini :

DSC08179

You tau tak. TRRRAAAGICC gilaaa!!!

Kemalangan berlaku pada hari Sabtu MALAM. Keesokkan harinya, hari AHAD. Manalah kitorang nak carik mechanic yang bukak kedai hari cuti… Jadi ku pun mintalah duit estimasi RM500 untuk kerja-kerja pembaikan. Tapi bila I bawak keretaku ke bengkel…..

35441019

Mechanic bilang, kena tukar SELURUH bumper. Kalau tak, bonet kereta tak boleh tutup once dibuka. HABIS??? Nak kena mintak duit RM500 extra lah skarang nih! Ya Rabbi…Tolonglah saya!!! Budak nih sampai skarang pun tak boleh give me an answer samada dia nak bayar duit remaining ke, dia nak I report polis ke, nak I macam mana?!

Sebab kereta Waja tu bukannya kereta dia, tapi kereta KAWAN dia! Kalau I bawak kes ni ke balai, takkan nak dia masuk lokap? Sebab setahu saya, haram kalau you drive kereta orang pastu masuk accident. My side pula, ikhlas I betul-betul tak tahu pasal how to claim insurans bla bla bla. Sigh~

KEWANGAN

Masalah kewanganku adalah akibat kedua-dua kes di atas. Cuba you pikir; kalo budak ni tak bayar remaining 500 ringgit, maknanya I kena keluar duit poket sendiri lah! BOCOR POCKET! Bulan ni I tak beli apa-apa untuk diriku tau? Selain makan minum tu takyah mention la~
32730189

ARGH!!! Tak boleh tahan!

KELUARGA & KAWAN

Parents I naik KL hari ini, hari esok tinggal apartment I. Tapi kemungkinan besar ada event waktu petang, masalah kereta untuk dibereskan, dll on the way. Hancur weekend ku. Orang Just Do It, I? Just Like That. )=

Sahabat karib I dua ekor tu pun busy. Seekor tu busy shooting, lagi seekor tu busy buat production. Haihhh~ Tinggallah diriku sebatang kara.

KEKASIH

Malas I nak crita pasal K.E.K.A.S.I.H. Baik I crita pasal Blackberry. Sebab Blackberry Curve 8520 lah cinta baru ku akhir-akhir ini :

P1050927

Nampak tak huruf-huruf yang I cuba tekan kat BB gergasi nih? T-E-Y. hahaha!

BlackBerry terbaru mempunyai dedicated media keys iaitu buttons specially for media options. Fungsi ini memudahkan jari-jari kita mengelongsor dan meluncur atas badannya semasa SMS, browsing, dll.

Suka tak? Kalau suka, anda boleh beli di sini. Mungkin ia boleh meninggikan fengsui anda dalam kesemua aspek 5K yang kuintro tadi.

Ku akhiri entri ini dengan harapan agar anda para pembaca dapat memberi dorongan dan nasihat kepadaku untuk menangani masalah-masalah 5K. Walaupun pada permukaannya I macam kerja bloggggggg jer, sebenarnya bila pandang depan pandang belakang, kurasa macam aku seorang diri…

34781251
Siap sampai boleh naik gila kat dapur.  )’:

  • No Related Post
top