No Halal.

Tiap-tiap hari mulutku dicemari nasi campur cina Solaris. Jelak! Masa tengah kunyah separuh jalan, tiba-tiba kurasa loya. Mula-mula, ingatkan mungkin perutku mengandungkan anak syaitan ke apa. Tapi bulan tu datang jugak! Guna Kotex setebal kamus pun siap banjir lagi.

Kucuba tahan jer lah. Telan Cindy, TELAN jerrr! You can do it!

Puas kufikirkan wajah kanak-kanak yang kelaparan di Afrika bila kulihat nasi warna-warni macam sampah. Bukan main jemu! Perut pun dah rasa geli. Geli!!! Naik bulu roma ibarat kucing kehujanan. Rational “asalkan makanan tu halal bersih, makan jer lah” udah tidak boleh diaplikasikan lagi.

Aku tak nak tipu. Tadi aku makan babi. Luncheon meat nama penuhnya. Tapi nama nih special sebab ia masih kata nama am. Pertama kali kurasa luncheon meat yang rasanya agak pelik sikit. Kalo tak sedap tak per gak, tapi rasanya tak macam daging babi. Mungkin anjing kot! Sebab biasanya produk macam ni hasil negara China. Ya Allah… Ampun diriku.

Eh, jangan you ingat sampah nih murah. Hampir genap tujuh ringgit sepinggan. Mentang-mentang kedainya kat Solaris… Naik lori lah! Mamak kat sini pun sama. Murtabak daging satu pun dah tujuh ringgit. You tau tak macam mana buatnya murtabak itu? Macam ni. Simple jerrr, ada 3 steps.

Step 1. Dia ambik telur dua bijik, pukul, letak daging, goreng jadikan macam telur dadar.

Step 2. Ambik Canai Ball satu, canaikan ball tu, bungkus telur dadar daging kat dalam.

Step 3. Siap dan boleh dijamu.

Bukan main tiiipuuu!!! Tu murtabak ker, roti canai telur daging?? Setakat tu, nenek moyang aku pun boleh buat! Buat apa kunak bazir duit RM7 untuk benda macam ni kan? Daging lembu tu bukan empuk tau, macam makan GETAH! Ya Rabbi… =.=”

Tiap-tiap hari ku bercadang nak masak hari sebelumnya buat bekalan waktu lunch kat ofis, tapi sampai rumah jer, bukannya aku malas, tapi letih kepala otak. Kalo boleh aku nak mandi, rendam air panas, tengok TV, releks skit.

Cadangkanlah insan yang sering kelaparan ini; apa yang boleh dimakan kat ofis hari Isnin – Jumaat???  ):

Cin

11 comments on No Halal.

  1. KY
    September 29, 2009 at 3:54 pm

    Luncheon meat is the best stuff EVARRRR

    Reply
  2. sue
    September 29, 2009 at 4:54 pm

    aiyakkk cindy…..y lah….cook lah…its better than outside
    food

    Reply
  3. cathj
    September 29, 2009 at 5:06 pm

    Mmmm… nasi ‘goyrreng’ lerrrr… ;-p

    Reply
  4. taknakbaginama
    September 29, 2009 at 6:27 pm

    Boleh jatuh cinta baca karangan amoi yang makan tak halal ni.
    Penuh dengan kecomelan.

    Reply
  5. annasuejie
    September 29, 2009 at 9:38 pm

    amoi,diet saja lor~ ;)

    Reply
  6. Waileng
    September 29, 2009 at 9:53 pm

    mo senang? roti sebuku dan serbuk Milo. bila lapar, tabur serbuk Milo atas roti, kepit dan makan. Bila dah jemu ngan serbuk Milo, ganti serbuk Milo ngan ais krim coklat!

    Reply
  7. MK Phang
    September 29, 2009 at 10:56 pm

    memang lucunya baca blog amoi ni ^^

    Reply
  8. Angeline
    September 30, 2009 at 12:34 am

    Fulamak! BM you cantikla…I ingat only my BM terrer…hehehe…bagus bagus..inilah 1Malaysia punya olang..kita semua serba boleh heheh..

    Reply
  9. Lisa Cheah
    September 30, 2009 at 2:16 am

    Oooooh, I want to try and reply in Malay too!

    Since I have to start making my own food these days too, here are simplest easiest things to cook ever! And being on a student budget and time, it would be perfect!

    They all take no time at all, and you can have it an entire day and store leftovers in the fridge!

    Isnin : Grilled chicken with some cous cous and tomato sauce.
    Selasa(?) : Pasta Bolognese
    Rabu : Caesar salad with some ayam.
    Khamis : Beed nachos!
    Jumaat : Tuna Shrimp Baguette
    Sabtu : Grilled chicken and tossed salad.
    Ahad : A proper meal (Got fed at home for this one)

    Reply
  10. axiao
    September 30, 2009 at 3:26 pm

    I can sense some sarcasm in this post…hahaha…

    babi rules…bah kut teh for rainy days…syiok!!

    Reply
  11. Ruby
    October 1, 2009 at 1:42 am

    masak healthy food sendiri? mak u kan bnyl resipi? O.o??

    Reply

Leave a reply