title pic  Macam Macam Ada

Posted by Cindy Tey on August 7, 2009

Skejap lagi dinda nak gi ambik foundation Anna Sui (FREE nih!) dan cuba repair laptop dinda yang terkandas semalaman. Skarang, dinda sedang gunakan Sony Vaio sepupu warna pink… best giler rasanya; tapi takde gambar-gambar untuk diblog. Nak upload gambar baru pun tak boleh – Entah mengapa broadband dinda hanya boleh upload bila guna Acer kebayan tuh! Degil kepala batu. Rupanya memang pun macam batu! lol

Sungguh tak suka blog pendek-pendek macam message Twitter nih. Macam selekeh jerrr~ Tapi apalah daya, kan? Rezeki Tuhan… lol. Maaflah ya, janji dinda tidak dapat dikotakan. Video rupa laptop batu crash tu, dah pun sedia sebenarnya. Haih~ Sekelip mata jer, dah weekend. Macam-macam kerja tak siap kaotim lagi!

Sampai sekian ini sajalah blog entri kite hari ini… Kalo dapat gambar Bali hari ini, dinda akan blog ya? Hari Isnin dah nak jumpa web designer seekor tuh.. Yay~

p/s: kalo Bahasa Inggeris XOXO maknanya hugs & kisses, habis kalo BM maksudnya macam mana?? peluk-cium peluk-cium?

  • No Related Post
top